Kami lah yang buat ini!

Kami lah yang buat ini!

Tuesday, February 15, 2011

RAGAM AYAT: Ayat Aktif, Ayat Pasif, Ayat Songsang

A. Ayat Aktif dan Ayat Pasif
     CONTOH : 

A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)


B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :

i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)


C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.


2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.


3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.


4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.


5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.


E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.


1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.


2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.


3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.


4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.


5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.


                               
i.     Ayat aktif transitif
SUBJEK
PREDIKAT
KATA KERJA TRANSITIF
OBJEK
Tukang kebun
menebas
lalang
Pengetua
menyampaikan
ucapannya
Ridzuan
membaiki
Kereta saya

ii.    Ayat aktif tak transitif
Ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata yang tidak diikuti oleh objek.
Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif bboleh diikuti oleh unsur-unsur keterangan.
SUBJEK
PREDIKAT
KATA KERJA TAK TRANSITIF
KETERANGAN
Keluarganya
pulang
Ke kampung
Mereka
bermastautin
Di Ipoh
  

c. Ayat songsang
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a)       Pendepanan Frasa Kerja
i.                     Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.                  Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b)      Pendepanan Frasa Adjektif
                i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.
                                Ramli rajin. (susunan biasa)
                                Rajin Ramli. (susunan songsang)

                ii.             Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                                Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                                                Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

                iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                                Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                                Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

                iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama
                i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.
                                Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                                Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

                ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                                Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
                                Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1

Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
Dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
Dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)
3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia

BENTUK AYAT: Ayat Tunggal, Ayat Majmuk

i. Ayat tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
            Subjek    =  Lelaki gemuk itu
            Predikat  =  sedang menembak burung.

i.     Ayat majmuk

Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
            B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
            C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.  ( Ayat Majmuk )

JENIS-JENIS AYAT: Ayat Tanya, Ayat Perintah

i. Ayat Tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
            a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
            b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya
i.  Berapakah harga kasut itu?
ii.  Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?

ii. Ayat perintah



1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.
2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Contohnya:
a. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
            Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)
b. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
            Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
c. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
            Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bunga itu.(Iarangan)
d. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
            Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)

KATA TUGAS: Kata Penyambung Ayat, Kata Hubung, Kata Prafrasa& Kata Pascafrasa

1. Kata Tugas ialah golongan kata yang mempunyai tugas tetentu dalam binaan sesuatu frasa,klausa ataupun ayat.
2. dibahagikan kepada 16 jenis iaitu:
i. PENYAMBUNG AYAT (ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubung dua binaan ayat atau lebih sehinnga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis yang dikenali ayat majmuk. Terbahagi kepada dua jenis:
KATA HUBUNG GABUNGAN
     Contoh :
dan
atau
tetapi
serta
lalu

-         Mereka mungkin akan bercuti di Bangkok atau Bandung
-         Farhana lulus ujian memandu tetapi rakannya tidak
   KATA HUBUNG PANCANGAN
Contoh :

i.     KATA PRAKLAUSA
KATA SERU


Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, hairan, geram, terperanjat, dan ejekan. Sebagai contoh ialah perkataan cis dan aduh dalam ayat-ayat yang berikut:



  1.  Cis, penakut rupanya!
  2.  Aduh, sakitnya kakiku!

Perhatikan bahawa dalam ayat seru, kata seru berada di hadapan ayat 
dan pada akhir ayat diletakkan tanda seru (!).


KATA TANYA
Kata tanya digunakan untuk menanyakan sesuatu. Lazimnya kata tanya disertai bentuk penegas -kah dan hadir di bahagian hadapan ayat. Misalnya:



  1.  Bilakah awak hendak ke pejabat pos?
  2.  Berapakah harga buku itu?

Perhatikan bahawa dalam ayat yang mengandungi kata tanya (iaitu 
ayat tanya), terdapat tanda soal (?) di bahagian akhir ayat tersebut.

KATA PERINTAH
Kata perintah ialah kata tugas yang hadir di hadapan ayat perintah. Terdapat banyak jenis ayat perintah, iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan. Maka terdapat pelbagai jenis kata perintah. Misalnya, jangan, usah, sila, jemput, minta, dan tolong. Perhatikan contoh-contoh dalam ayat yang berikut:



  1.  Jangan ambil buku daripada almari itu.
  2.  Sila masuk ke dewan sekarang juga.
  3.  Tolong kembalikan borang ini sebelum akhir bulan

KATA PEMBENAR dan KATA PANGKAL AYAT
Dua lagi kata tugas dalam subjenis kata praklausa ialah kata pembenar dan kata pangkal ayat, masing-masing tidak begitu kerap digunakan dalam bahasa Melayu dan tidak pula menimbulkan kesukaran. Contoh kata pembenar ialah benar dan ya, sementara contoh kata pangkal ayat ialah maka, arakian, hatta, dan sebermula.


ii.    KATA PRAFRASA
                - contoh penggunaan setiap jenis kata prafrasa:


1. Pekerja itu telah pulang. (kata bantu aspek)

2. Masakan isteri saya paling sedap. (kata penguat)

3. Anak siapakah yang menangis ini? (kata tanya)

4. Ayah tidak ke pejabat pagi tadi. (kata nafi)

5. Senaman ringan adalah baik untuk kesihatan. (kata pemeri)

6. Pengawal keselamatan itu berjaga hingga pagi. (kata sendi)

7. Para pemain berlatih di tengah padang. (kata arah)

8. Ibu membubuh sedikit garam ke dalam masakannya. (kata bilangan)

9. Kami selalu memperkatakan hal itu. (kata adverba)




iii.  KATA PASCAKATA
KATA PENEKAN
KATA PEMBENDA

Bentuk demikian antaranya ialah:-
- Sesungguhnya, nampaknya, lajunya, dan datangnya
                                       

KATA MAJMUK: Bentuk yang telah mantap, Kata Nama Ganda

1. Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
 2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.  Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.

i.     Bentuk yang telah mantap



Terdapat 15 kata majmuk yang dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan utuh walaupun dibentuk daripada dua kata dasar, iaitu :
Olahraga
setiausaha
matahari
kerjasama
kakitangan
suruhanjaya
bumiputera
pesuruhjaya
tandatangan
jawatankuasa
warganegara
tanggungjawab
antarabangsa
beritahu
sukarela


ii.    Kata Nama Ganda
Kata majmuk yang tidak mantap yang digandakan hanya melibatkan penggadaan kata dasar yang pertama sahaja. Contohnya,
Alat tulis   =  alat-alat tulis
Model linear  = model-model linear

Kata majmuk berupa simpulan bahasa dan bentuk mantap, penggadaannya melibatkan keseluruhan kata dasar. Contoh,
Buah hati  = buah hati-buah hati
Setiausaha  = setiausaha-setiausaha