2. Dengan kata lain, unsur (D) mesti hadir pada kedudukan pertama, manakala unsur (M) hadir pada kedudukan kedua.
3. Susunan unsur frasa nama dalam contoh yang bergaris di bawah ini melanggar hukum D-M, iaitu
SALAH | BETUL |
...dengan lain perkataan… | Dengan perkataan lain... |
...membincangkan lain hal pada lain hari... | ..membincangkan hal lain pada hari lain.. |
..bukan pertama kali mengadakan mini ekspo.. | ..bukan kali pertama mengadakan mini ekspo.. |
Walau bagaimanapun terdapat sesetengah binaan frasa yang dikecualikan daripada hukum D-M akibat kebiasaan dalam penggunaan.
SALAH | BETUL |
Penyelia penolong | Penolong penyelia |
Pejabat ibu | Ibu pejabat |
Mulut berat | Berat mulut |
Susunan frasa berdasarkan inti + penerang sering mengikut peraturan diterangkan-menerangkan (Hukum D-M), iaitu segala sesuatu yang menerangkan(M) selalu diletakkan dibelakang unsur yang diterangkan(D). Contohnya,
INTI (D) | PENERANG (M) |
Sos | tomato |
Pisang | Goreng |
Kadangkala unsure penerang boleh berada di hadapan inti dan bentuk frasa nama yang terhasil merupakan bentuk kekecualian daripada Hukum D-M. Kekecualian ini berlaku kerana:
• Kebiasaan
• Kehadiran kata naïf
• Nama panggilan atau gelaran
• Kehadiran kata bilangan dan penjodoh bilangan
No comments:
Post a Comment