Kami lah yang buat ini!

Kami lah yang buat ini!

Tuesday, February 15, 2011

RAGAM AYAT: Ayat Aktif, Ayat Pasif, Ayat Songsang

A. Ayat Aktif dan Ayat Pasif
     CONTOH : 

A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)


B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :

i. Ikan itu dipancing oleh Ali.
ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)


C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.


2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.


3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.


4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.


5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.


E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.


1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.
Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.


2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.


3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.


4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham tersebut.


5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas plastik.


                               
i.     Ayat aktif transitif
SUBJEK
PREDIKAT
KATA KERJA TRANSITIF
OBJEK
Tukang kebun
menebas
lalang
Pengetua
menyampaikan
ucapannya
Ridzuan
membaiki
Kereta saya

ii.    Ayat aktif tak transitif
Ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata yang tidak diikuti oleh objek.
Walau bagaimanapun, kata kerja tak transitif bboleh diikuti oleh unsur-unsur keterangan.
SUBJEK
PREDIKAT
KATA KERJA TAK TRANSITIF
KETERANGAN
Keluarganya
pulang
Ke kampung
Mereka
bermastautin
Di Ipoh
  

c. Ayat songsang
Susunan biasa ayat dalam bahasa Melayu ialah subjek + predikat. Ayat songsang pula terbentuk daripada proses transformasi ayat biasa. (subjek + predikat) . Penyongsangan dapat dilakukan melalui proses pendepanan bertujuan  memberikan penegasan kepada predikat.
Pendepanan seluruh predikat.
Cikgu Hanif / berfikiran kreatif. (susunan biasa)
Berfikiran kreatif / Cikgu Hanif. (susunan songsang)
Proses pendepanan berlaku juga pada ayat yang mengandungi kata penegas. (-lah, -tah, dan –kah)
Ibu saya / dia. (susunan biasa – ibu saya sebagai subjek)
Dialah / ibu saya. (susunan songsang)
Dia / ibu  saya. (X = dari segi susunan ayat songsang. Ayat ini gramatis dalam ayat susunan biasa tetapi subjeknya ‘Dia’)
Pendepanan sebahagian daripada predikat.
(a)       Pendepanan Frasa Kerja
i.                     Pendepanan kata kerja:
Ramli bekerja setiap hari. (susunan biasa)
Bekerja setiap hari Ramli. (susunan songsang)

ii.                   Pendepanan frasa kerja dengan objek.
Zaleha membaca buku. (susunan biasa)
Membaca buku Zaleha. (susunan songsang)

iii.                  Pendepanan kata kerja dengan kata bantu.
Murid-murid itu masih makan. (susunan biasa)
Masih makan murid-murid itu. (susunan songsang)
b)      Pendepanan Frasa Adjektif
                i.              Pendepanan kata adjektif sahaja.
                                Ramli rajin. (susunan biasa)
                                Rajin Ramli. (susunan songsang)

                ii.             Pendepanan kata adjektif dengan kata bantu.
                                Rumah Kak Zue masih teguh. (susunan biasa)
                                                Masih teguh rumah Kak Zue. (susunan songsang)

                iii.            Pendepanan kata adjektif dengan kata penguat.
                                Encik Zaidi sangat segak. (susunan biasa)
                                Sangat segak Encik Zaidi. (susunan songsang)

                iv.           Pendepanan kata adjektif, kata bantu dengan kata penguat
                                Haji Nasser masih segak amat. (susunan biasa)
                                Masih segak amat haji Nasser. (susunan songsang)
c)      Pendepanan Frasa Sendi Nama
                i.              Frasa sendi nama sebagai predikat.
                                Rantai emas itu untuk ibu. (susunan biasa)
                                Untuk ibu rantai emas itu. (susunan songsang)

                ii.             Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
                                Penonton-penonton merempuh masuk ke dalam dewan. (susunan biasa)
                                Ke dalam dewan penonton-penonton merempuh masuk. (susunan songsang)

FORMULA AYAT SONGSANG.

Ayat biasa:
Dia / membeli buku di kedai itu.
Cara Songsangan Ayat:                 
Nomborkan penggalan ayat.
1
2
3
Dia
membeli
buku
di kedai itu.
KGND - Ketiga
Frasa Kerja Transitif
Objek
Frasa Keterangan
Subjek
Predikat

FORMULA:
Ayat Biasa : 1+2+3
Ayat songsang:
i.        2+3+1
ii.       2+1+3
iii.      3+1+2
iv.     3+2+1

Ayat Biasa:
1
2
3
Dia
membeli buku
di kedai itu.

Contoh ayat songsang (i)
2
3
1
Membeli buku
di kedai itu
dia

Contoh ayat songsang (ii)
2
1
3
Membeli buku
Dia
di kedai itu

Contoh ayat songsang (iii)
3
1
2
Di kedai itu
Dia
membeli buku

Contoh ayat songsang (iv)
3
2
1
Di kedai itu
membeli buku
dia

1 comment:

  1. Assalamu'alaykum..

    i. 2+3+1
    ii. 2+1+3
    iii. 3+1+2
    iv. 3+2+1

    yang ni fomula utk ayat songsang kan? maksud dia, pilih je sma ada nak no. i / ii / iii / iv utk buat jwpn, da tu, bru betul, mcm tu ke? trma kash:)

    ReplyDelete