1. Kata majmuk ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
2. Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3. Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
i. Bentuk yang telah mantap
Terdapat 15 kata majmuk yang dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan utuh walaupun dibentuk daripada dua kata dasar, iaitu :
Olahraga | setiausaha | matahari | kerjasama | kakitangan |
suruhanjaya | bumiputera | pesuruhjaya | tandatangan | jawatankuasa |
warganegara | tanggungjawab | antarabangsa | beritahu | sukarela |
ii. Kata Nama Ganda
Kata majmuk yang tidak mantap yang digandakan hanya melibatkan penggadaan kata dasar yang pertama sahaja. Contohnya,
Alat tulis = alat-alat tulis
Model linear = model-model linear
Kata majmuk berupa simpulan bahasa dan bentuk mantap, penggadaannya melibatkan keseluruhan kata dasar. Contoh,
Buah hati = buah hati-buah hati
Setiausaha = setiausaha-setiausaha
No comments:
Post a Comment